Kampung Konoha Utara

Terjahhhhhhh Kedahhhh.....

Thursday 5 July 2012

ROSMAH as PM..?

Dak aihhh...UMNO ja yg dok sebar fitnah..PUIHHHH!!!!


"fitnah oleh Ameno World"


KKU NAK UCAP TRIMA KASIH BANYAK2 KAT BLOGGER PAKATAN HARAM KERANA MEMPROMOSIKAN ISTERI DATO' SERI NAJIB KITA HAHAHAHAHAHAAH~
DEPA AMIK BERAT SEBENAQNYA TUUUU......~



Tuesday 3 April 2012

kata anwarIS ISRAEL...sy x kenaiiiii ESKEY...... hahahahahaha tu diah....gambaq ney dia ngan sapa....

Monday 12 March 2012

Dia Ingat Rakyat Nak Percaya?

Hahahahahaah...KKU nk gelak dulu sebelum mulakan entry kali ni, bukan apa, baru-baru nih masa kedatangan  YAB Dato Seri Najib ke Kedah, Al-juburi tu pon sibuk nk menyelit mai buat ceramah meroyan beliau jugak.. Beliau adakan ceramah meroyan di Gurun, Merbok dan Sg Petani....

Yang lawaknya, rakyat yang hadir semasa beliau di Gurun sangat lah 'hebat', ada la dalam lingkungan 500 - 600orang. KKU ada di situ...yang menambahkan lagi rasa lawak tahap maharajalawak pulak, si Johari Abdul Ahli Parlimen Sg Petani semasa berucap di Sg Petani di sebelah malamnya mengatakan bahawa kehadiran orang ramai di dua ceramah Anwar di sebelah siang sangat lah ramai (cukup ramai katanya semasa berucap, kebangkitan rakyat bagai...)

ecececehhhh...

dia ni yang dok pemohong tu......


baru start...


tudiaaa ramaii.....


ha ni betambah sikit..


ada yang balik tidoq dah...


ni di GURUN, posisi ni adalah barisan paling belakang...bayangkan..
ini saja shot terbaik yang KKU dapat..harap bleh menilai...


kebangkitan yang dikatakan tu mungkin adalah 'kebangkitan' rakyat dari situ dan berangkat pulang kot... rakyat dah pandai menilai sekarang..kepada Johari Abdul, permulaan ceramah anda pun dah menipu tentang kehadiran di Gurun, inikan pulak segala isi kandungan ceramah anda..haprakk....!!!



KAT BAWAH NI PULAK GAMBAR2 LAWATAN PM DI KEDAH...



Rakyat Siam Kedah, ni baru rakyat siam sahaja...

DS Najib berucap...


anda boleh menilai.....


p/s : Anwar kata ada penyokong Pakatan ke tempat lawatan PM sbb nak makan ja, tapi depa pakat undi pakatan dia kata...meroyan habaq hang!!!
PANASS!! Shahrizat Jalil Letak Jawatan! 
DS Najib Puji Kak Ijat memang Hebat!!



Tindakan Menteri Wanita Shahrizat Jalil memang tepat dan boleh dibanggakan. Walaupun sebenarnya kesalahan NFC bukan disebabkan beliau. Namun disebabkan perjuangan parti Kak Ijat berundur diri. Sehingga PM sendiri pun memuji Kak Ijat

Datuk Seri Najib Razak menanggap tindakan Menteri Pembangunan Wanita, 
Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk meletak jawatan 
yang dipegangnya dalam Kabinet adalah keputusan yang betul dan tepat serta 
satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti. Perdana Menteri berkata, 
beliau amat menghargai pengorbanan dibuat Shahrizat dan berterima kasih 
atas keputusan yang dibuat Ketua Wanita UMNO terbabit. 

Walaupun beliau tidak lagi menjadi menteri. Namun beliau masih lagi boleh 
berjuang sebagai Ketua Wanita UMNO untuk memperkukuhkan parti.

p/s : All The Be Best Kak Ijat dari kami warga KKU!!!!

Sumber : Kedah Ke KL

Sunday 26 February 2012

Kerajaan Campuran...?

KKU sebenaqnya tak berminat langsung dengan kisah panas Ostad Bard kita lani...sebab macamna pon otak-otak sempit puak2 tu tetap kata ni semua konspiracy jahat UMNO...hahahahahahahahahah nak gelak kuat2 la nih...KKU dok x paham tuuu la awat depa2 ni tak boleh nak terbuka minda lagi...tapi Allah punya percaturan, perancangan dan dah diaturkan semua dah cukup baik, maybe ada sebab kenapa Allah masih menutup pintu hati depa2 nih..k, dah, takmau cakap pasai Parti Kuat Robos nih, KKU lebih tertarik dengan apa yang KKU dengaq ni---->...Dengaq2 macam tu ja la yang Kedah akan bentuk satu kerajaan campuran UMNO-PAS...
Betoi ka x betoi KKU xtaw...dengaq mai berita angin bawak n dapat maklumat jugak dari beberapa sumber..

BETOI KA NIH? BETOI PON TAKPA AIHHHH....

KKU wakil kepada anak-anak muda sangat-sangat lah menyokong kalau kerajaan perpaduan ni dibentuk. bukan apa, mata kami dah terbukak luas tengok carca-marba yang berlaku dalam PAKATAN Haram sekarang nih...TAHNIAH kalau ini benar2 akan berlaku..!!!

p/s : luas tapak tangan, bulan kami tadah...:p


Alahai....

Ostad Badrul Amin pulakkkkk daaahhhhhhh.....

terkantoi la pulakkkk.....
tak tau nak kata peeerr..mekeme-mekeme boleh nilai sendiri pagi-pagi bute bagi kaunseling kat bini oghang....
ade ke logiknyeerrrr.....



alahai ostad..x salah nk bantu orang..tapi takdak time lain yang sesuai ka ostad? (btoi ka nak bantuuu...?)
sudah-sudah la kot...dia ni yang gelar DSAI tu Imam Mahdi...habis tu camna? leh PIKIAQ (fikir) la kot...?


p/s : Pakat Aqidah Songsang....:p

Wednesday 15 February 2012

Agenda Bina Memorial Park Terbesar Di Utara..!!

Salam...KKU nak straight to the point..KKU dapat berita bahawa di Sungai Kob, Karangan, Kulim Kedah akan di bina MEMORIAL PARK swasta (Jirat Cina) terbesar di utara di atas tanah seluas 163 ekar dan dikatakan keluasan tanah sebenar dah hampir 200 ekar..!!

Kawasan tersebut dikatakan majoritinya adalah orang MELAYU...kenapa nak bina Memorial Park ni di kawasan yang majoritinya orang MELAYU?!!kawasan2 dan kampung2 sekitar Sungai Kob tu pon majoritinya orang MELAYU!!!Kenapa tak buat di kawasan yang majoritinya masyarakat cina sahaja?!!



KKU difahamkan JAWATANKUASA BERTINDAK PENDUDUK MUKIM KARANGAN nak buat bantahan pembinaan Memorial ni pada 17 Februari ni (JUMAAT) di Masjid Sungai Kob...Mereka menyeru semua masyarakat Melayu di sekitar Sungai Kob hadir berhimpun beramai-ramai selepas solat Jumaat. Letak tepi sat fahaman politik masing-masing dan bersatu sebagai ISLAM membantah pembinaan Memorial Park ni..!!!


p/s : KKU akan upload beberapa gambar sebagai bukti kesahihan berita ni kemudian...suspen kena ada...


Wednesday 8 February 2012

KAKI KELENTONG...


tgk jgn x tgk...:)


Mahasewel nk serang Ustaz Zan?

Tudiaaaa nk habaq mai kat ampa semua...Mahasewel robot jalanan upahan Ketua GAYngster PR merancang nk mengadakan protes terhadap Menteri Besar Kedah iaitu Ustaz Azizan yang menyokong AUKU....

kalut sungguh puak2 meroyan ni nk berpolitik...kalau ampa dok diam tumpu pelajaran xdak sapa nak kacau aihhh...blajaq bagi habis pastu dah kluaq pastu ampa nk politik, politik la ampa sampai lebam...heran KKU dibuatnya...melalui beberapa sumber, KKU dapati Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) merancang untuk melakukan protes di hadapan Wisma Darul Aman pada 19 Februari ni jika Ustaz Azizan terus dengan pendirian beliau untuk mempertahankan AUKU dan akta yang mirip dengannya...



sudah-sudah la kot mahasewel oi...nk dekat pilihanraya ni baru ampa kalut, yang sebelum ni diam ja x kecoh..?brapa la ANU tu bayaq kat ampa kn?hadoi....

Sunday 5 February 2012

IKLAN KKU...untuk hiburan semata-mata...:p

....hahahahaha.......~


sumber dari pistolnakal http://pistolnakal.blogspot.com/

Negara Akan Hancur Kalau.......

KKU amat tertarik dengan beberapa kenyataan daripada Dato' Dr Hasan Ali dalam akhbar Utusan Malaysia hari ni. Berikut antara apa yang dipetik dari akhbar tersebut....





"Apa akan jadi kalau Pakatan Rakyat memerintah? Tidak ada negara Islam, tidak ada budaya al-Quran. Surau dan masjid akan mati. Anak kita akan dididik secara liberal. Calon Perdana Menteri yang mempunyai masalah moral dan bolehkah dibayangkan kalau parasit-parasit (Pas) dipilih jadi menteri?

"Budaya seks rambang, homoseksual, lesbian dan sebagainya akan dihalalkan. Pasal sekarang sudah ada orang yang minta perkara itu disemak semula. Bila dibantah katanya akan hilang kemanusiaan. Kita akan hilang agama, tidak ada lagi (pemerintahan mengikut) al-Quran dan hadis, bertambah konsep mengiyakan," katanya.

Hasan berkata, buat pertama kalinya juga Malaysia akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan tanda ke arah itu sudah kelihatan apabila seorang pemimpin pembangkang secara terang-terangan mahu mempertahankan keselamatan negara Yahudi itu.

Menurutnya, Pas yang kini sudah 72 peratus dipimpin parasit-parasit yang berfahaman sekular, tidak mampu untuk menghalang semua perkara itu daripada berlaku kerana mahu menjaga kepentingan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, Pas hanya mengikut apa sahaja kemahuan dua parti tersebut walaupun terpaksa menggadaikan Islam termasuk bersekongkol dalam hal akidah dan semua yang melibatkan kepentingan umat Islam.
Pas katanya, kini dikuasai dua elemen perosak iaitu parasit akidah yang menghalang segala usaha membanteras gejala murtad serta berkaitan akidah dan juga parasit politik yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat mengambil alih kerajaan Pusat.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin meminta umat Islam menolak fahaman pluralisme termasuk yang diamalkan seorang pemimpin pembangkang kerana ia mengeliru penganut agama itu.
Menurutnya, fahaman tersebut adalah strategi licik pihak Yahudi untuk memastikan umat agama itu berpecah-belah dan lemah sekali gus membolehkan mereka memperkotak-katikkan orang Islam.



SUMBER : UTUSAN ONLINE.

Monday 30 January 2012

Memang Pakatan Roboh Sungguhhhh...

Mari sama-sama kita ikuti pendedahan terbaru....

(sumber : kedahKeKL)



PANASS!! Pas Kedah Terkejut Beruk Dengan Pendedahan Ini!!


klik http://kedahkekl.blogspot.com utk "korek" dengan lebih lanjut..!!!


Kepala Gunung Pulai, Baling

p/s : KKU dok rasa puak2 penyokong hamPASSS ni x tekejut kott...Isu Madrasah Salahiah pon depa buat pejam mata...hmmm...hamPASSS.....

Sunday 29 January 2012

Hasan Ali VS Anwar Ibrahim

Tatkala Datuk Dr.Hasan Ali sudah pun bergerak melancarkan serangan terhadap PAS, Raja Drama kita DSAI dilihat cuba menjerut lehernya sendiri bilamana kenyataan beliau yang mempertahankan keselamatan Israel terbongkar. Bagi KKU, mungkin doa2 orang PAS sendiri yang mahu Tuhan memberi petunjuk kebenaran tentang keperibadian Anwar yang selama ni mereka dewa-dewakan kini satu persatu terpampang...Sudah terang lagi bersuluh siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim yang mereka sanjung ini..
PETIKAN kenyataan Anwar Ibrahim seperti disiarkan The Wall Street Journal.

Baru-baru ini KKU mendapat tahu daripada sumber2 yang boleh dipercayai bahawa Anwar sudah mula gelisah dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Dr.Hasan Ali sekarang ini..Dimana beliau telah mula mengarahkan beberapa 'askar upahan' beliau untuk melakukan 'serangan' ke atas Datuk Dr.Hasan Ali dan dikatakan beberapa individu yang akan melakukan serangan tersebut sudah pun dikenalpasti. Simpati jugak KKU dgn Datuk Dr.Hasan Ali kerana mendapat serangan dari pelbagai sudut penjuru...

Bila kita dengar yang Puak2 PAS sebenarnya tak gentar dengan tindakan Datuk Dr.Hasan Ali, betoi ka yang mereka sebenarnya x gentar? Atau mereka dah rasa tak senang duduk macam kucing nak beranak? hanya Allah dan mereka2 yang berada dalam Kem PAS saja yang tau...Dan dakah keputusan Presiden mereka yang tidak mahu bertanding dalam PRU13 nanti tu jugak sebagai petanda yang mereka sebenarnya sangat gelisah?KKU pun x pasti..mungkin jugak ada kebenarannya.....


p/s : Pejuang dan Pengkhianat, kita dah taw sapa mereka sebenaqnya....

Wednesday 25 January 2012

Fikiran dah terbuka..Alhamdulillah....

Assalamualaikum.....KKU dengan ini ingin meminta "permit" dari blogger Kedah Ke KL http://kedahkekl.blogspot.com/ untuk share tentang cerita mengenai Pemuda Pas di Baling, Kedah yang seramai  73 orang telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua BAhagian UMNO Baling iaitu Datuk Azeez Rahim...nak tau lebih lanjut sila klik http://kedahkekl.blogspot.com/2012/01/eksklusif-pemuda-pas-serah-borang-masuk.html#more.....

p/s : Alhamdulillah..dah terbuka hati mereka, diharap ramai lagi yg akan melakukan perkara yang sama....:]

Wednesday 18 January 2012

Ha Mansuh Pi Semua, Baguih jugakk....

Baru-baru ni masa Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Alor Setar, KM Pulau Pinang Lim Guan Eng ada mengumumkan sekiranya Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 nanti, Tol Lebuhraya UTARA-SELATAN akan dimansuhkan...YEAAYYYY!!!seronoknyaaaaa....(.~.~)tangan di bahu mata di-atas..)


 Betoi ka? Kalau betoi, KKU cuma terfikir, kakitangan PLUS yang lebih 10k tu agak-agak nak p letak tang mana ya? kerajaan susah payah nak tangani masalah pengangguran kat negara ni, depa pulak nak menambahkan lagi pengangguran? tapi xtau la kot2 dah ada plan kan....tak pon main tabur ja janjiiiiii.......dan KKU jugak heran, tol jambatan Pulau Pinang dan tiket Feri tu x rasa nak mansuh ka...?baguih jugak kalau mansuh..KKU cuma dengaq depa nak mansuh tol 50sen saja dekat Seberang Jaya - Butterworth tu.....RnR Sungai Dua pon kalau dimansuhkan jugak pon bertambah senang hati rakyat..hehehe..alang-alang nak mansuh, mansuh ja semua Tol x gitu?




p/s : prasan tak LGE dah gemok..'makan' banyak la tu,.....

Monday 9 January 2012

Nasib Datuk Dr. Hasan Ali


KKU kesian dengan nasib yang menimpa
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat.

beliau mengakui agak terkejut dengan keputusan mesyuarat jawatankuasa pas pusat yang memecat beliau dari parti berkuatkuasa serta-merta.

"Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut diambil.

Beliau juga menambah, ''Apa yang saya komen berkenaan Anwar adalah soal peribadi di mana saya tidak mahu rakyat diheret untuk menjunjung perjuangannya yang kotor itu".

''Paling tidak seronok kerana pemecatan ini disebabkan desakan daripada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali,'' katanya.
Datuk Dr. Hasan Ali merupakan antara pemimpin Pas yang menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa Gereja Methodist di Damansara Utama pada Ogos tahun lalu, selain melibatkan diri secara aktif menyokong gerakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) bagi mengekang masalah murtad di kalangan masyarakat Islam.

Beliau memberi pandangan dengan menolak perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda dilihat bercanggah dengan pendirian pakatan parti pembangkang.

Perkara ini memang sangat merisaukan KKU kerana sesuatu yang jelas boleh memudaratkan agama, bangsa dan negara dipertahankan tetapi sesuatu yang baik seperti yang banyak dilakukan Dr.Hasan Ali diperlakukan sebegini rupa, ini jelas menunjukkan bahawa perjuangan Islam yang sering dilaungkan PAS hanyalah dongeng semata-mata....mereka sewenang-wenangnya menggunakan nama Islam utk kepentingan politik.....Allahu Akbar...

p/s : Allah Sentiasa di pihak yang BENAR.....

Sunday 8 January 2012

Biaq Betoi..?


 Betoi ka Dr. Hassan Ali kena pecat?betoi ka?biaq betoiii............kesian beliau...beliau yang banyak memperjuangkan Islam, mempertahankan aqidah umat Islam dalam isu murtad di Selangor...Banyak jasa beliau weh..ish3....apa nak jadi dengan kepimpinan PKR di Selangor, PAS x tolong ka? Beliau banyak menyumbang kepada PAS...mana pi perjuangan Islam yang depa dok banggakan?Ops...bkn negara Islam lagi dah, negara kebajikan....


p/s : Dr Hassan jangan sedih dan bimbang..Allah S.W.T sentiasa berada di pihak yang BENAR....

Wednesday 4 January 2012

10 nisbah 1

Pemimpin-pemimpin, ulamak-ulamak, penyokong-penyokong, kuda-kuda dan robot-robot anuwar dari PAKATAN ROBOH lebih cenderung untuk menggunakan kata-kata kesat, maki-hamun, carut-mencarut dan sewaktu dengannya berbanding dengan musuh mereka....


Bila dah memimpin negara nanti boleh la rakyat negara kita menggunakan kata-kata kesat dalam percakapan harian....sebijik macam kat negara mat salleh....

cth : what is ur ******* name?
       what is ******* wrong with you?
       do you want ******* some?i't ******* delicious...nyum2....

ayat2 kesat mcm ni bleh kita dapati dalam filem2 luar negara kan?
mungkin ini yang PAKATAN mau dalam kehidupan harian mereka..
alamatnya jahanamlah budi bahasa kita.....



gaya seorang hero melangkah keluar dari mahkamah
(ala-ala james bond)

MUNGKINKAH TERJADI?


BETOI JUGAK...KALAU LAH MADRASAH NI NAK DIROBOHKAN DAN DIBINA TEMPAT2 MELEPAK UNTUK BUDAK2 MUDA KITA MELEPAK, XTAW LAH NAK CAKAP, DOSA MEROBOHKAN MADRASAH DAH 1, DITAMBAH PULAK DENGAN TERBINANYA TEMPAT UTK BUDAK2 MUDA KITA NK MELEPAK, X MUSTAHIL ADA PERKARA2 MUNGKAR TERJADI...YA-ALLAH....DUNIA LA NII MAKIN HARU BIRU....

Tuesday 3 January 2012

memang dah lama....

Kerajaan yang mentadbir negara kita memang dah lama....ada yang kata patot ditukar bagi kat orang lain pulak merasa....

TAPI...

Anda2 yang selalu timbulkan kenyataan seperti ni pernahkah terfikir akan ada kah pengganti yang dapat mentadbir dan memimpin negara kita dengan lebih baik?

Tak cukup aman lagi kah?

Apa yang KKU cuba nak sampaikan kat sini adalah BERSYUKUR lah dengan apa yang kita semua kecapi sekarang...kita boleh hidup selesa, aman, tenteram, x macam di negara2 luar yang sampai sekarang masih tak henti2 berperang, ada yang kebuluran, kita di Malaysia ni, makan masih boleh dikatakan sangat mewah, mcm2 jenis makanan ada kat negara kita nih...kalau nak kata barang2 naik harga, KKU nak tanya negara mana lagi yang barangnya murah2 belaka? kita dah dapat cukup nikmat, BERSYUKUR lah dengan pemberian Yang Maha Esa dah berikan pada kita rakyat Malaysia....

p/s : dengaq member cita makan durian petang tadi..perghh sedap....:]

PUNGGAH DAN ROBOH = PR

KALAU DI KEDAH :
PAS = Potong (bekalan air)
             Angkut (peralatan gerai)
             Sita (rumah, premis, kedai)


KALAU DI SELANGOR :
PKR = Punggah (barang kilang, rumah, kedai)
              Kompaun (oleh Majlis Daerah dan Bandaran)
              Roboh (kilang, kedai, gerai, kuil dan surau)


KALAU DI PULAU PINANG :
DAP = Dendam (kepada Melayu dan mamak)
              Angkut (apa saja kepunyaan kaum2 di atas)
              Punggah jugak (macam di selangor)


PAS + PKR + DAP = PR (PUNGGAH DAN ROBOH)


maka, SEMPURNALAH SEBUAH KEZALIMAN.

Sunday 1 January 2012

kecelaruan puak hamPASSSS.....

Depa dah makin bercelaru....cuma puak2 penyokong depa saja ja dok buat pejam mata.....

MACHANG 1 Jan. - Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, hari ini tampil menjelaskan bahawa hukum hudud yang diperjuangkan Pas tidak lagi berlandaskan al-Quran dan hadis.
Beliau mendakwa, ia telah dipinda pada 1993 susulan daripada kerjasama antara Pas, Semangat 46 (S46), DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Umum 1990.
Dakwa beliau, pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam yang turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.
Wan Ismail yang pernah ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata, tafsiran hukum hudud itu bagaimanapun telah dipinda oleh Nik Abdul Aziz pada 25 November 1993 semasa beliau menyandang jawatan Menteri Besar Kelantan.
Pindaan itu dakwanya, dilakukan dengan kerjasama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika itu Pengerusi Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah (II) sebelum diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dakwa Wan Ismail, melalui pindaan itu, hukuman hudud tidak akan dikenakan kepada masyarakat bukan Islam dan hudud kepada orang bukan Islam tidak termasuk dalam perkara yang dinaskan al-Quran dan hadis.
"Di sinilah bermula perbezaannya. Asalnya pada 1986 dalam muka surat lima manifesto dinyatakan iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan.
"Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam.
"Pada 1986 Pas masih di atas dasar asal bahawa hudud mesti dikenakan kepada semua manusia yang melakukan kesalahan tetapi selepas Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar masalah hudud telah bercelaru menjadi dalca," dakwanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Beliau berkata, penjelasan mengenai hukum hudud boleh dirujuk di dalam al-Quran melalui ayat 58 dan 105 Surah An-Nisa dan ayat 49 Surah Al-Maidah.
Wan Ismail mendakwa, beliau telah dipecat daripada Pas pada 1986 kerana menentang pakatan parti itu dengan S46.
Malah dakwanya, pada 1995 beliau telah menulis sebuah buku menjelaskan mengenai hudud dan diserahkan kepada Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi.
Namun, sehingga hari ini kedua-dua pemimpin itu hanya berdiam diri.
Katanya, kecelaruan berlaku dalam Pas kerana para pemimpinnya sekarang membelakangi perjuangan asal parti meskipun ramai yang tahu.
"Namun mereka membisu kerana takut dicemuh oleh golongan fanatik selain tidak mahu dikenakan tindakan disiplin," katanya.

*Sumber dari Utusan ONline.....