Kampung Konoha Utara

Terjahhhhhhh Kedahhhh.....

Monday 9 January 2012

Nasib Datuk Dr. Hasan Ali


KKU kesian dengan nasib yang menimpa
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat.

beliau mengakui agak terkejut dengan keputusan mesyuarat jawatankuasa pas pusat yang memecat beliau dari parti berkuatkuasa serta-merta.

"Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut diambil.

Beliau juga menambah, ''Apa yang saya komen berkenaan Anwar adalah soal peribadi di mana saya tidak mahu rakyat diheret untuk menjunjung perjuangannya yang kotor itu".

''Paling tidak seronok kerana pemecatan ini disebabkan desakan daripada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali,'' katanya.
Datuk Dr. Hasan Ali merupakan antara pemimpin Pas yang menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa Gereja Methodist di Damansara Utama pada Ogos tahun lalu, selain melibatkan diri secara aktif menyokong gerakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) bagi mengekang masalah murtad di kalangan masyarakat Islam.

Beliau memberi pandangan dengan menolak perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda dilihat bercanggah dengan pendirian pakatan parti pembangkang.

Perkara ini memang sangat merisaukan KKU kerana sesuatu yang jelas boleh memudaratkan agama, bangsa dan negara dipertahankan tetapi sesuatu yang baik seperti yang banyak dilakukan Dr.Hasan Ali diperlakukan sebegini rupa, ini jelas menunjukkan bahawa perjuangan Islam yang sering dilaungkan PAS hanyalah dongeng semata-mata....mereka sewenang-wenangnya menggunakan nama Islam utk kepentingan politik.....Allahu Akbar...

p/s : Allah Sentiasa di pihak yang BENAR.....

No comments:

Post a Comment